SPM 2014
04 January 2014, ϟ 0 shout(s)
Hello! What's up? ;))
Eh Assalamualaikum semua pembaca. Cehh!
Ahhhhhh! *jerit*
hehehehe saje je. hm so? nak mula dari mana ni? :))
ok ok.
aku cuma nak bagitahu yg tahun ni aku dah spm.
List-to-do :
- niat tahun 2014 ni, aku nak buat yg terbaik.
- aku nak berubah, tapi aku cuba istiqamah dlm melakukan sesuatu perubahan. InsyaAllah.
- nak buang segala perangai buruk aku.
- cuba untuk siapakan homework sebelum masanya.
- taknak terlalu suka sangat. mcm honeymoon dulu. lupakan seketika.
- cuba rajinkan diri untuk ulangkaji.
hahahahaha mcm pelik je. ok ok. insyaAllah aku cuba yg terbaik.
yang paling penting sekali, aku nak berkat, doa dari family aku dan sokongan anda semua.
terima kasih.
- taknak terlalu suka sangat. mcm honeymoon dulu. lupakan seketika.
- cuba rajinkan diri untuk ulangkaji.
hahahahaha mcm pelik je. ok ok. insyaAllah aku cuba yg terbaik.
yang paling penting sekali, aku nak berkat, doa dari family aku dan sokongan anda semua.
terima kasih.
Weeeee. Love it so much! ♥
28 November 2013, ϟ 0 shout(s)
Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati
Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati
Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua
Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati
Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahagia bersama mu. ♥
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati
Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati
Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua
Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati
Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahagia bersama mu. ♥
Ke mana hilangnya kekuatan dalam hati dan semangat yang dulu?
19 October 2013, ϟ 0 shout(s)
Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh.
Bismillahirrahmannirahim...
tiga hari dah berlalu, masih keadaan yang sama. bila semangat tu nak datang balik? wanie tak boleh berterusan macam ni. wanie kena kuat macam dulu.
ye, tika faham. wanie berat sangat nak tinggalkan dia, lepaskan dia pergi. tapi wanie kena terima takdir tu, jangan tolak. biarlah dia pergi dulu uruskan diri dia dengan perubahan yang baru. mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu untuk wanie. sesuatu yang cantik dan istimewa dalam diri pyan bila dia berubah nanti.
tika taknak wanie terlalu banyak menangis untuk dia. doalah untuk pyan supaya Allah permudahkan jalan ke jalan yang benar, jalan yang boleh mengubahkan diri dia yang baru. walau apapun keputusan dia, wanie kena terima dengan hati yang terbuka.
wanie kena fikir juga, wanie ada tanggungjawab lain untuk laksanakan. tanggungjawab sebagai anak belum terlaksana lagi inikan pulak tanggungjawab selepas kahwin nanti. macam mana? seberat-berat amanah, berat lagi tanggungjawab sebagai anak, wanie kena pikul. berat tu.
perasaan rindu tu, biarlah dulu. tika tahu, rindu seseorang yang pergi tinggalkan kita, sakit yang teramat. sakit sangat. takpe, tahanlah dulu perasaan tu. mungkin dah membuak-buak rindu wanie pada pyan kan? ye, sabarlah ya sayang.
one day, bila dia dah okay, janganlah luahkan rindu tu. simpan sekejap and slow talk dengan dia dulu. bila dia kata, dia sudi terima balik cinta dan kasih wanie, luahkan lah rindu dalam doa dan berterima kasih lah pada Allah kerana sudi hadirkan kembali perasaan cinta dan kasih pada pyan.
so, bangkitlah dari jatuh tu. jangan biarkan diri tenggelam dan hanyut dengan airmata. banyak lagi kat celah-celah kehidupan ni wanie kena lalui. mungkin bila wanie lalui perkara yang sama, wanie akan jadi kuat dan semangat untuk teruskan lagi perjalanan dunia yang tiada penghujung.
dah, bangun. jangan sedih sedih lagi untuk pyan. biarlah dia dengan dunia dia dulu. banyak lagi masa.
Ok! Kuatkan hati dan semangat ya, sayang? Semoga berjaya! Smile always and be happy with your life.
Ketenangan. ~
18 October 2013, ϟ 0 shout(s)
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh,
Bismillahirahmanirahim.
Dalam dunia kita, sebenarnya ada terselit seribu kedukaan, kesedihan dan kebahagiaan yang kita tak pernah tahu selama ni. Disebalik kedukaan, kesedihan dan kebahagiaan itu, kita pernah rasa dan alami sendiri. Kadang-kadang kebahagiaan itu yang mewarnakan dan mencorakkan lagi warna yang penuh dengan keindahan.
Serikanlah lagi kebahagiaan itu dengan doa. InsyaAllah, lambat laun Allah akan tunaikan juga permintaan tu. Mesti meriahkan kebahagiaan itu bila kita sentiasa dekat dengan Allah? Allah sayang kita. Tapi kita tak pernah nak amik tahu kan? Sebab tu, Allah bagi dugaan dekat kita. Ada sebab Allah bagi semua tu. Sebab apa? Sebab Allah sayangkan kita, DIA nak uji kita. Iman kita ni cukup kuat dan kental tak.
Kalau iman kita kuat dan kental, pertahankan. Jangan lemah dan jatuh dengan permainan dunia. Akhir-akhir, dunia ni penuh dengan segala taksub yang mampu membuatkan kita goyah dan rasa terpengaruh untuk sertai sama. Jangan sesekali. Ingat tu!
Hmm.
Awak adalah sahabat saya ketika susah dan senang. :'(
24 June 2013, ϟ 0 shout(s)
Tinggalkan sesuatu yang berharga adalah satu perasaan yang
saya sendiri tak mampu nak ungkapkan dengan luahan hati dan kata-kata. Kadang-kadang
kita rasa nak pendam perasaan tu, walaupun rasa berat sangat nak luahkan. Sebab
bila saya pendamkan lagi perasaan tu, saya jadi lagi kuat. Itulah saya.
Walaupun sebelum saya tinggalkan awak, saya terfikir pun nak
buat macam tu. Saya tau awak tak boleh nak tolong saya. Saya tau awak jugak nak
tengok orang lain bahagiakan awak kan? Pergilah. Saya harap awak tak fikir yang
bukan-bukan pasal saya kawan dengan kawan baik awak tu. Awak takpayah lah risau
ya, yana? Take good care of yourself. Saya tau awak tak anggap saya macam kawan
baik awak kan? Takpelah. Saya dah ada Afif. :’)
Afif ~ Terima kasih sebab sudi jadi kawan baik saya.
Sekarang, dah hampir nak dekat 2 tahun. Saya harap persahabatan kita berdua
kekal ke akhir hayat.
So, nak cerita pasal awak ke, Afif? Atau cerita saya? Tapi
saya suka nak cerita pasal awak kat sini. Boleh kan, honey? Hahaha xD
Saya dah tahu dah lagu favourite awak. Hihihi. ;D mula-mula
dengar lagu tu, takde apa pun sebenarnya. Saya pun suka lagu tu. Part ni yang
saya suka bila awak tujukan lagu tu untuk saya.
“Aku suka dia. Tapi ku tak tahu untuk, bilang kepadanya bila aku suka, jatuh cinta kepadanya. Dia cinta yang pertama, dia yang bisa membuat aku, merasa deg-degan berdebar di dada, diam saat mengingatnya. Bulan tolong katakan, bintang bantu bisikkan kepada dirinya, kalau aku mau jadi kekasihnya. Aku yakin diriku, nanti pasti membuatnya suka kepadaku cinta kepadaku dan kita akan jadian.”
Haritu, saya memang tak sangka awak tujukan saya lagu ni. Serious, tak tau. ;D Saya cuma tahu bila awak dengar lagu ni, awak rindu saya dan ingat kat saya. Tak sangka pulak.
Yang saya tak boleh nak duduk diam bila awak luahkan
perasaan awak kat saya. Oh, perasaan tu baru hadir dalam diri awak atau sejak
kita kenal dulu? Saya taknak lah jawab soalan ni, awaklah jawab. :D
Setiap kali call awak, saya suka dengar mulut awak yang
kecoh tu, dengar lawak awak sampai saya kata awak ‘gedik’, ‘ngada-ngada’. Bila
saya cakap macam tu, awak mengalah. Dengar awak mengalah, hati saya tetiba suka
dengan cara awak mengalah tu. Padahal saya tak minta pun perasaan tu hadir
walaupun saya cuba buang jauh-jauh kat laut yang terbentang luas. Saya harap
perasaan yang saya buang tu, tenggelam. Tapi perasaan tu timbul balik. <3
Saya rasa sekarang ni kita tengah main tarik tali. Awak tahu
kan main tarik tali tu macam mana? Saya pun tahu main tarik tali tu.
Saya tahu, awak cuba nak ambil sesuatu yang bukan hak awak.
Iaitu hati saya. Oh, sekarang ni awak nak tarik tali tu sampai saya jatuh atas
awak? Oh, awak nak saya kalah lah ni? Tak semudah tu awak nak kalahkan saya.
Kalau nak kalahkan dengan cara tu, boleh, tapi lakukan sesuatu yang saya tak
pernah rasa sebelum ni. Saya tahu awak boleh buat. :D
Dan akhir sekali, awak kena tahu yang awak adalah sahabat saya ketika susah dan senang. Saya tak tahu lah, awak masih menghargai saya sebagai sahabat awak atau tak.
Assalamualaikum..
Hi. I love you. ♥
06 June 2013, ϟ 0 shout(s)
Seperti biasa, Assalamualaikum w.b.t.
*senyum lah janganlah sedih sedih*
Hmm. Dah nak dekat hampir 4 or 5 month tentang kita. Ehcehhh, jiwang pulak dia ~
Saya taktau macam mana saya boleh kenal awak. Saya tak ingat dah semua tu. Tapi yang mula-mula saya tak percaya bila awak lamar saya dulu. Padahal sebelum ni kita kenal 3 bulan je kan? Lpstu, sebulan kita tak mesej sebab saya ada hal.
Mula-mula bila saya text awak balik, saya ingatkan kita jadi kawan macam biasa. After 2 weeks happen, awak lamar saya. Terkejut barangkali. Hahahaha xD saya pun amik masa untuk terima awak.
One weeks later, I accept you. Saya pun tktau macam mana hati saya tertarik dengan awak. Entah-entah awak dah ikat hati saya masa kita kenal dulu-dulu tak? Apalah awak ni. ;p
Saya ingat lagi. Saya ni suka sangat buat jahat kat awak, tapi awak tak amik hati pun. :( saya tau, saya ni suka sakitkan hati, kecewakan awak. :( saya menyesal sangat buat awak macam ni. Saya taktau kenapa saya rasa macam dah menyusahkan orang, padahal awak cakap saya tak menyusahkan awak.
Okay, senang cerita, saya ni memang jenis yang keras kepala, cepat tersentuh sampai tak suka cakap dengan awak, buat perangai. Hmm. Keras kepala saya ni lebih keras daripada kerak nasi tu. Hebat tak? Tapi awak tahan jugak dengan perangai degil saya en en? Pelik lah. Kalau lah orang lain yang amik tempat awak, mesti dia tak tahan dengan perangai degil saya ni en? :'D
Sejak ayah saya amik phone saya, kita dah jarang contact. Sedihnya. Sedih bila tak dapat nak dengar suara awak yang comel macam budak-budak tu. Rasa nak hempuk je kepala dia sebab geram sangat. Terus terang saya cakap, rindu awak ni amat menyakitkan. Sakit sangat. Sampai seharian saya tak makan yang kenyang-kenyang. Saya makan keropok je. Taktaulah kenyang ke tidak perut saya ni.
Saya ingat taknak bagitau awak yang saya tak makan, takut awak risaukan saya. Saya taknak awak risaukan saya, nanti menyusahkan awak pulak. Bila awak dah tanya saya dah makan belum, saya jawablah. Hmm. Masa tu dah start dah risau dia. Bukan main risau dia. xp
Tapi apapun, saya tetap saya sayangkan awak. Saya jatuh hati dengan awak, jatuh guling guling dengan awak. Kiranya jatuh sama-sama lah. Hahaha xp *merepek*
Saya nak awak dengar hati saya menjerit. Awak nak dengar tak? Hey, abang! Dengar lah ni, sayang nak cakap.
*hati menjerit* I love you, abang. ♥
I'm gonna miss my practical teacher. :(
ϟ 1 shout(s)
Assalamualaikum w.b.t.
Bulan ni adalah bulan terakhir mereka mengajar kami. Uhuhuhu, thanks teacher Anis, cikgu Hidayah, and ustazah Afra. 4 Bakti student loves all of you so much. Kami semua tak akan lupa jasa baik cikgu. Rasa macam nak anggap teacher Anis and ustazah Afra kakak lah pulak. Hihihi ;D
Sebab apa? Sebab teacher Anis and ustazah Afra nampak macam ada ciri-ciri seorang kakak. Okaylah tu ann? ;p
Eh, tak cerita cikgu Hidayah pun? Okay, saya describe cikgu. Saya cakap betul-betul ni, cikgu jangan marah saya pulak. xD
Describe cikgu Hidayah :
Adorable.
Kind-hearted.
Fierce like ... (entahlah xD)
Bila bercakap mcm jenis laser, tkpe saya tetap sayang cikgu. xD
Senang nak ajak bersembang.
Kalau taknak kena marah, kena jaga hati cikgu. Right, cikgu Hidayah? :)
Apa lagi yang tak cukup eh? Taktau nak describe apa dah. Itu aje lah yang mampu. Itupun dari pandangan saya apa yang saya nampak.
Mula-mula dengar cerita pasal cikgu Hidayah ni, ada orang kata cikgu Hidayah kerek. Apalah mulut budak-budak zaman sekarang. Haih ~ *pening*
Lepastu, dengar cerita lagi yang teacher Anis macam mengada-ngada. Saya dengar cerita je, saya taknak ulas apa-apa bila mereka cerita sebegitu rupa. :)
Dengar cerita buruk pasal ustazah tkdelah pulak. Hmm. :D
Cikgu aku tahun ni semua cun-cun, rasa macam tak boleh nak belajar. Setiap hari pakai lawa-lawa gila. Macam mana nak belajar. Tak faham lah aku. Ke mereka pakai lawa-lawa semata nak dipuji kecantikannya atau cara kecantikannya bila berbahasa ketika mengajar? *cehh, ayat skema, biasalah*
Tapi yang sedihnya bila kami terpaksa berpisah dengan mereka semua yang dah banyak taburkan jasa sehingga kami hampir ke puncak angkasa. Terima kasih! :(
Apapun, kami harap dengan perpisahan selepas semua ni, cikgu, teacher and ustazah, jaga diri elok-elok, jangan terlalu leka dengan duniawi, jangan lupa batas pergaulan bagi teacher Anis and ustazah yang belum kahwin lagi tu and last but not least, jangan sampai putus pertalian persaudaraan dan yang paling penting jangan lupa Allah. :)
Eh, baru teringat. Kalau nak kahwin tu, ajaklah kami semua makan nasi minyak. Kami semua teringin nak makan nasi minyak and tengok teacher and ustazah ke alam kebahagiaan. hihihi ;D *gedik sekejap*
Hah, sudah? Melebih pulak aku menaipnya. Banyak pulak idea malam ni. Okayokay, sampai disini sahaja.
Aku dah letih sangat ni. Hahahaha xD *menyesal*
Wassalam.
new past